BELIi,SEWA,JUAL HARTANAH ANDA

Penyelesaian Hartanah Anda

PERINGATAN!!!

PERINGATAN!!!
Peringatan!!! Kepada anda apabila melantik Agen Hartanah utk menguruskan pembelian atau penjualan rumah anda !! ▶ Pastikan Agen ada Lesen yang sah seperti dlm gambar ( No IC, Gambar & No Lesen seperti Tertera). ▶ Seharusnya Agen Wajib memakai dan menunjukkan lesen kepada anda, semasa berjumpa untuk urusan Jual Beli. Jangan tertipu dengan agen-agen yg tidak berlesen (Broker) yang bukan hanya kurang berpengetahuan, malah selalunya akan meningkatkan harga rumah secara sengaja untuk keuntungan peribadi !!!



Salam sejahtera tuan/puan

Bagaimanakah kami boleh bantu anda? Itu persoalan yang kami ingin jawab dalam post ini. Selaku perunding hartanah utk syarikat yg berpengalaman dalam bidang hartanah,kami menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

Menjadi ejen jualan bagi hartanah anda.
Kalau pihak anda memiliki hartanah (rumah atau tanah) yang ingin dijual, tetapi tiada masa untuk menguruskannya, ataupun merasakan rumit untuk menguruskannya, kami sudi memberikan khidmat yang termampu. Siapa tahu mungkin database yang kami ada boleh mempercepatkan penjualan rumah anda? Caj yang kami kenakan biasanya hanya 3% daripada harga jualan, apabila hartanah tersebut berjaya dijual. Agak mahal? Jangan risau..rundingan masih boleh dilakukan.

Menjadi ejen pembelian bagi hartanah anda.
Ramai di kalangan kita yang mencari-cari tanah di tempat yang spesifik, tetapi tiada masa untuk meneliti satu-persatu iklan yang ada. Saya akan membantu pihak anda dalam misi mencari hartanah tersebut. Saya akan teliti satu-persatu adakah ianya sesuai & selamat untuk anda miliki termasuklah melakukan site visit. Sekiranya semua ok, barulah saya akan propose kepada pihak anda. Caj yang dikenakan pun biasanya hanya 3% daripada harga belian (masih boleh runding).

Menjadi ejen sewaan.
Kalau anda memiliki rumah kediaman atau rumah kedai untuk disewa, kami boleh tolong mempromosikannya dan menyaring penyewa-penyewa yang bagus. Caj hanya 1.25 bulan sewa sahaja.

Sekiranya anda mencari-cari rumah kediaman atau kedai untuk disewa di kawasan spesifik dengan harga spesifik, anda boleh melantik kami selaku ejen untuk melakukan tugas ini. Caj pun hanya 1.25 bulan sewa.

Ejen hartanah lelong.
Sekiranya anda berminat untuk memasuki proses lelongan, anda boleh mendaftar dengan kami secara percuma. Ada proses yang berbayar, ada yang percuma, bergantung kepada keadaan.

Khidmat rundingan.
Walaupun kami masih baru dalam industri hartanah, namun kami sudi untuk berkongsi sebarang pengalaman dan ilmu dalam bidang ini. Jika anda memerlukan sebarang rundingan, bolehlah utarakan kepada kami dan jikalau saya tak mampu menyelesaikannya, kami akan rujuk kepada mereka yang pakar dalam perkara tersebut.

Tunggu apa lagi, kami tahu sesiapa yang membaca post ini pastinya memerlukan khidmat-khidmat yang kami sebut di atas. Cepat-cepat call saya di talian  013-4184771 (dalila) ataupun email ke dalila_agenhartanah@gmail.com.

Dan akhir sekali, share kepada kawan-kawan yer. Terima kasih.