BELIi,SEWA,JUAL HARTANAH ANDA

Penyelesaian Hartanah Anda

PERINGATAN!!!

PERINGATAN!!!
Peringatan!!! Kepada anda apabila melantik Agen Hartanah utk menguruskan pembelian atau penjualan rumah anda !! ▶ Pastikan Agen ada Lesen yang sah seperti dlm gambar ( No IC, Gambar & No Lesen seperti Tertera). ▶ Seharusnya Agen Wajib memakai dan menunjukkan lesen kepada anda, semasa berjumpa untuk urusan Jual Beli. Jangan tertipu dengan agen-agen yg tidak berlesen (Broker) yang bukan hanya kurang berpengetahuan, malah selalunya akan meningkatkan harga rumah secara sengaja untuk keuntungan peribadi !!!


Panduan Dan Cara Jual Rumah Di Malaysia

Cara Nak Menetapkan Harga Rumah

Rumah yang tuan puan nak jual bersaing dengan ratusan rumah lain. Bila menetapkan harga rumah tuan puan kena buang emosi.
Pemilik rumah ni kebanyakannya ada emotional value dengan rumah. Nak lagi jika rumah tu telah lama diduduki dan diubahsuai.
Oleh sebab itu pemilik menetapkan harga yang terlalu tinggi. Kesannya rumah lambat terjual.
Atau boleh jadi juga tuan puan letak harga terlalu rendah. Ini menyebabkan kerugian yang besar untuk tuan puan.
Kunci nak jual rumah cepat ni dengan menetapkan harga yang relevan dengan permintaan pasaran. Caranya dengan mendapatkan data yang factual dengan langkah berikut.

1) Semak Market Value

Tuan puan mesti semak nilai pasaran sebelum tetapkan harga rumah. Harga yang ikut nilai pasaran akan memudahkan pembeli. Mereka akan lebih senang mendapatkan pinjaman.
Kebanyakan pakej pinjaman hanya beri margin 90%. Jika rumah berharga RM100,000 misalnya, amaun pinjaman ialah RM90,000. Dan RM10,000 tu ialah deposit yang pembeli bayar secara tunai.
Bayangkan jika tuan puan tak semak market value dan tetapkan harga RM150,000. Tentulah membebankan pembeli. Pembeli terpaksa keluarkan tunai sebanyak RM60,000.
Itu pun belum lagi campur dengan kos guaman dan stamping. Kos guaman dan stamping pula dalam 5% daripada harga rumah. Besar kemungkinan pembeli tidak akan berminat nak buat belian.

Nak semak market value rumah ni boleh guna cara berikut:
Semakan dengan jurubank / penilai ni mungkin susah sedikit. Klien utama mereka adalah ejen hartanah atau pembeli rumah. Bukan pemilik. Jadi mungkin kebanyakan mereka sedikit reluctant.
Untuk semak nilai pasaran ni tuan puan kena beri butiran berikut:
  • Jenis rumah
  • Alamat lengkap
  • Saiz lot dan binaan rumah
  • Kedudukan lot (intermediate, corner atau end lot)
  • Bilangan bilik
  • Butiran ubahsuai, jika ada
Sedikit tentang ubahsuai. Jika ubahsuai melibatkan ubahsuai struktur, mesti ada kebenaran daripada pihak berkuasa.
Ubahsuai struktur tu biasanya jika tuan puan buat extension rumah. Kalau tidak dapat kebenaran, pengubahsuaian struktur tak akan dikira dalam market value.
Semakan nilai pasaran yang tuan puan buat ni adalah percuma dan secara verbal confirmation sahaja. Penilai tidak akan keluarkan valuation report.
Jika perlukan valuation report tuan puan kena buat lantikan penilai. Ada kos untuk kerja ni.

2) Buat Kajian Tentang Pesaing dan Permintaan

Setelah tuan puan semak market value eloklah tuan puan semak pula tawaran di pasaran.
Market value yang tuan dapat dengan penilai tu adalah indikatif pasaran. Penilai beri nilai tersebut mengikut kepakaran dan professional judgment mereka.
Tetapi harga yang pemilik lain tawarkan di pasaran mungkin lebih rendah.
Contohnya. Jika tuan puan dapat nilai pasaran RM500,000 untuk rumah tuan puan daripada penilai. Tetapi kalau pemilik lain jual pada harga RM400,000 sudah pasti rumah tuan puan susah nak terjual.
Tuan puan boleh buat cara berikut:
  1. Semak medium iklan seperti Mudah.my dan Propertyguru. Lihat harga tertinggi dan terendah rumah berdekatan. Adakah harga tuan puan kompetitif? Rumah yang harganya lebih rendah daripada rumah tuan puan pastinya akan terjual terlebih dahulu. Melainkan ada sesuatu yang unik dengan rumah tuan puan.
  2. Tanya ejen hartanah tentang harga transaksi dan permintaan berdekatan rumah tuan puan. Ini penting. Walaupun harga iklan tinggi namun mungkin harga transaksi jauh lebih rendah. Nak lagi dalam keadaan ekonomi yang kurang baik.

3) Ambil Kira Faktor Negatif

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan harga rumah tu tak boleh dijual dengan harga tinggi. Tuan puan kena ambil kira faktor ni semasa menetapkan harga.
  • Rumah berhampiran dengan loji kumbahan. Ikut pengalaman saya rumah begini memang susah nak dijual ikut harga semasa. Tuan puan mungkin kena diskaunkan harga rumah untuk tarik minat pembeli.
  • Rumah berhampiran TNB substation atau power line. Ada kajian mengatakan terdapat risiko kesihatan tinggal berdekatan dengan TNB substation dan power line. Kajian ini tidaklah konklusif. Tapi pembeli yang cakna akan fikir dua kali sebelum buat belian.
  • Rumah yang ada kerosakan. Pastikan tuan puan baiki kerosakan rumah sebelum menjual. Kerosakan yang jelas kelihatan seperti crack dan bocor susah nak dapat harga yang ada permintaan.
  • Rumah pangsapuri paling atas. Rumah paling atas ada risiko kebocoran. Ramai pembeli sukar nak teruskan belian atas faktor ni.
  • Rumah pangsapuri tiada lif tingkat atas. Pembeli yang berkeluarga sangat menekankan faktor ni. Jika ada rumah tingkat bawah dengan harga berpatutan, mereka akan consider tu dulu.
  • Rumah di kawasan bermasalah. Jika rumah berada di kawasan bermasalah contohnya berdekatan dengan kawasan tanah runtuh atau kadar jenayah tinggi, harga memainkan peranan yang sangat penting. Jangan letak harga yang terlalu tinggi di kawasan begini.

4) Ambil Kira Margin Untuk Rundingan

Tuan puan kena ambil kira margin untuk rundingan. Hartanah adalah high-value item yang pastinya akan ada rundingan harga. Jika tuan ingin jual dengan harga 500k misalnya, tetapkan harga sekitar RM520k.

Kos Menjual Rumah

Ada beberapa kos utama dalam penjualan hartanah:

1. Cukai Hartanah (RPGT)

Cukai hartanah dikenakan untuk jualan dalam tempoh 5 tahun daripada tarikh belian. Kadar RPGT adalah seperti berikut:
  • Jualan pada tahun pertama hingga tahun ketiga: 30%
  • Jualan pada tahun keempat: 20%
  • Jualan pada tahun kelima: 15%
  • Jualan pada tahun keenam dan seterunya: tiada cukai.
Sebagai contoh. Jika tuan puan beli rumah pada bulan Disember 2015 dengan harga RM150,000. Kemudian jual dengan harga RM250,000 pada bulan Jun 2016. Kadar RPGT ialah 30% kerana jualan pada tahun pertama.
Dalam kes ni, keutungan tuan puan ialah RM100,000 (RM250k – RM150k). Secara kasar, cukai yang dikenakan ialah 30% daripada nilai ni.
Jumlah cukai yang dikenakan hampir RM30,000 (30% x RM100,000). 
Nota: Ini adalah kiraan kasar. Nak kira RPGT ada format dan boleh buat beberapa pengecualian.

Cukai RPGT ni memang tinggi. Tapi ada beberapa cara tuan puan boleh buat penjimatan.
Buat pengecualian sekali seumur hidup
Pengecualian ni hanya boleh dibuat sekali sahaja. Seeloknya dibuat untuk hartanah yang paling banyak keuntungan jika tuan puan memiliki lebih dari satu rumah.
Sedikit peringatan. Jika rumah yang dijual tu ada dua nama, kedua-dua pemilik mesti gunakan pengecualian jika nak dapatkan pengecualian penuh.
Jika salah seorang sahaja yang buat, pengecualian hanya dapat separuh. Misalnya, amaun RPGT ialah RM30,000. Rumah ada dua nama. Encik Ali dan isterinya Pn Aminah.
Jika En Ali je yang exercise pengecualian, amaun RPGT yang dikenakan ialah RM15,000. Jika dua-dua exercise, tiada RPGT dikenakan.
Setelah tandatangan perjanjian jual beli, tuan puan kena maklumkan kepada peguam untuk buat permohonan pengecualian.
Buat penolakan untuk kos-kos belian dan jualan hartanah.
Jika tuan puan tak guna cara di atas, langkah nak jimatkan RPGT adalah dengan membuat penolakan kos belian dan jualan.
Ada beberapa kos transaksi belian seperti kos peguam dan stamping boleh ditolak sebelum di darab dengan kadar RPGT.
Topik ni agak panjang. Jika tuan puan nak tahu lebih lanjut boleh rujuk artikel Merancang Dan Menjimatkan Cukai RPGT.

2. Kos Guaman

Tuan puan juga perlu melantik peguam. Dan lantikan ini ada kos untuk fi professional peguam. Tuan puan boleh rujuk ke kalkulator fi peguam. Bahagian yang relevan ialah ‘Legal Fee – Sale & Purchase Agreement/ Loan Agreement’.
Untuk penjimatan, pemilik boleh ‘tumpang’ peguam pembeli. Dalam kes tumpang ni tuan puan kena ingat, peguam tu tadi bukan peguam mewakili tuan puan.
Jika ada masalah dalam transaksi atau kelewatan, mereka pastinya akan menyebelahi pembeli. Mereka juga tiada komitmen dengan tuan puan sebab tiada lantikan. Nak suruh mereka buat kerja untuk pihat tuan pastilah mereka tak layan.
Dalam kes tumpang ni, peguam tadi akan bantu tuan untuk buat transfer di pejabat tanah dan uruskan pengeluaran geran daripada bank (discharge of charge). Kos kerja ni rendah berbanding dengan lantikan penuh. Dalam RM1,500 sahaja.

3. Penalti ‘Lock-in Period’

Sesetengah bank mengenakan penalti menjual dalam tempoh ‘Lock-in Period’.
Biasanya lock-in period ni 3-5 tahun. Jika tuan puan jual dalam tempoh 3-5 tahun dari tarikh pembelian, tuan puan akan dikenakan penalti.
Kadar penalti ni pula tak tetap. Berbeza ikut polisi bank. Berdasarkan pengalaman ambe dalam 3% dari nilai rumah.
Misalnya baki pinjaman tuan puan ialah RM100,000. Tuan puan jual dalam tempoh lock-in. Penalti yang dikenakan ialah RM3,000.
Saya sarankan tuan puan semak perjanjian pinjaman tuan puan untuk kepastian tentang tempoh lock-in dan juga kadar penalti.

Nak Tahu Cara Jual Rumah Cepat? Impresi Pertama Sangat Penting.

prosedur jual rumah - jual rumah cepat
Rumah yang kemas dan berseri macam ni, memang mudah laku.
Impresi pertama rumah tu penting. Pastikan rumah dalam keadaan kemas dan bebas kerosakan.
Pembeli yang datang menilai rumah dengan keadaan semasa. Apa yang dilihat macam tu la yang pembeli nampak. Kalau rumah tidak kemas dan ada kerosakan memang susah nak jual. Walaupun kos baik pulih kecil sahaja.
Saya juga sarankan pemilik mengecat rumah terlebih dahulu sebelum jual. Rumput di halaman rumah juga dipotong.
Nampak remeh. Tapi benda remeh ini lah yang menentukan rumah terjual atau tidak.

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Nak menjual rumah ni ada beberapa dokumen yang perlu disediakan:
  1. Kad pengenalan
  2. Salinan perjanjian jual beli semasa belian
  3. Salinan geran
  4. Penyata pinjaman terkini
  5. Bil cukai pintu dan cukai tanah
  6. Bil penyelenggaraan
  7. Bil utiliti
Dokumen 1 – 4 diperlukan peguam sebelum buat perjanjian jual beli. Bil cukai pintu dan cukai tanah, penyelenggaraan dan utiliti biasanya peguam akan minta selepas tandatangan perjanjian. Sebelum proses tukar nama di pejabat tanah.

Cara Nak Pasarkan Hartanah

Tuan puan kena pastikan yang iklan tuan puan ni visible. Ni sedikit tips dari saya.

1) Ambil gambar cantik-cantik

Orang kata ‘A Picture Worth A Thousand Word’. Kalau foto yang tuan puan ambil tu cantik dan harga rumah pula berpatutan, insyaAllah mudah dapat pembeli.
panduan jual rumah - gambar cantik rumah cepat terjual
Ni contoh gambar rumah 
Nak ambil gambar rumah ni bukanlah perlu berseni sangat. Cuma ada teknik yang tuan puan perlu aplikasikan:
  • Sebelum ambil gambar rumah, pasang semua lampu. Pencahayaan yang baik akan pastikan gambar tersebut lebih menarik dan lebih tajam.
  • Ambil gambar rumah bukan barang. Ramai pemilik iklankan rumah mereka tapi tak menggambarkan keadaan rumah. Oleh kerana rumah baru renovate, gambar kipas baru tu la yang diiklankan. Huhu.
  • Ambil gambar dari bucu rumah. Foto dari bucu rumah ni menggambarkan keseluruhan rumah. Saiz rumah juga lebih kelihatan.
  • Jangan lawan cahaya matahari. Kalau tuan puan ambil gambar lawan cahaya matahari, gambar tu akan gelap.

2) Guna medium iklan popular

Untuk pasarkan hartanah saya cadangkan guna medium yang popular. Ada beberapa medium yang tuan puan boleh gunakan:
  • Mudah.my
  • Propwall
  • Surat khabar
  • facebook
  • instagram
Saya tak senaraikan iProperty dan Propertyguru. Dua medium ni sangat popular. Tapi terhad kepada ejen hartanah sahaja. Jika tuan puan nak senaraikan di medium ni, kena guna khidmat mereka.
Sertakan foto rumah terbaik semasa iklan. Pastikan juga butiran rumah lengkap dan tepat. Butiran rumah ni seeloknya tuan puan sahkan balik dengan perjanjian jual beli. Kalau tersalah iklan butiran tak tepat nanti boleh timbul pelbagai isu dengan pembeli.
Butiran rumah minimum yang mesti ada ialah:
  • Lokasi rumah
  • Keluasan
  • Bilangan bilik dan bilik mandi
  • Status pegangan rumah (Freehold, leasehold dll.)
  • Lot bumi atau bukan lot bumi
  • Kawasan persekitaran rumah
  • Fasiliti berdekatan rumah
  • Akses jalan

3) Pastikan iklan berterusan

Iklan ni tak boleh tinggal. Tuan puan kena buat berterusan. Ini kerana dalam medium pengiklanan, iklan tuan puan mungkin dah masuk halaman ke 5 selepas seminggu.
Iklan tadi tuan puan kena perbaharui supaya ianya sentiasa ‘visible’. Mungkin leceh nak buat ni. Tapi percayalah ikut pengalaman saya, frekuensi iklan tu adalah salah satu faktor penting nak jual rumah dengan cepat.

4) Perlukah letak banner?

Banner rumah untuk dijual ni adalah satu langkah yang efektif. Prospek pembeli yang tuan terima daripada banner ni adalah lebih serius membeli.
Mereka dah tahu dan pernah lawati kawasan rumah. Nak buat banner ni pun murah je. Mungkin kos dalam RM20.
Perlu atau tidak letak banner di rumah ni bergantung kepada tuan puan. Adakah tuan puan comfortable?
Selain itu, isu privasi juga tuan puan perlu fikir. Kalau rumah tu tuan puan atau penyewa duduki, saya tak suggest letak banner. Rumah kosong tiada masalah.
Sejak akhir-akhir ni banyak terjadi kes samun. Pemilik letak banner di hadapan rumah dan penjenayah menyamar sebagai pembeli untuk masuk ke rumah. Oleh itu, hati-hati.

Cara Berurusan Dengan Pembeli

Mengurus pembeli ni sangat memenatkan kalau tak kena cara. Nak lagi kalau tuan puan pertama kali menjual hartanah. Sebagai Perunding Hartanah ni beberapa tips dari saya.

1) Buat saringan awal

Semasa pembeli hubungi tuan untuk lihat rumah rumah, ada beberapa soalan yang tuan puan boleh tanyakan untuk tahu sejauh mana pembeli serius nak beli rumah.
  • Kerja di mana? Jika berjauhan daripada rumah yang nak dijual, mungkin akan jadi faktor penghalang.
  • Tahu kawasan rumah yang nak dijual? Pembeli yang baik biasanya sudah tahu kawasan rumah yang nak dibeli.
  • Dah pernah semak kelayakan pinjaman? Pembeli yang bijak akan semak kelayakan terlebih dahulu. Jika tuan jual melalui ejen hartanah, mereka biasanya akan minta butiran gaji dan komitmen. Ini sedikit sukar kalau menjual sendiri. Pembeli mungkin keberatan nak beri butiran kepada pemilik. Oleh itu, soalan kelayakan pinjaman ni adalah penting untuk tuan puan buat saringan yang paling minimum.
  • Siapa yang akan datang lihat rumah? Pembeli yang sudah berkeluarga seeloknya datang dengan pasangan. Sukar nak keputusan belian kalau isteri atau suami tak tengok rumah.
  • Sudah berapa kali view rumah? Jika pembeli view rumah untuk pertama kali, kemungkinan besar mereka tidak boleh buat keputusan yang cepat untuk buat belian.
  • Cukup tunai untuk deposit dan kos guaman? Soalan ni amat sensitif. Tuan puan jangan tanya secara direct pula. Guna soalan open-ended.

2) Pada hari viewing

Pada hari viewing, pastikan rumah dalam keadaan kemas dan rapi. Buka penghawa dingin, lampu dan kipas sebelum pembeli sampai ke rumah. Pastikan juga tiada sampah dan bau yang tidak menyenangkan dalam rumah.
Layan pembeli dengan baik. Pada masa yang sama cuba faham apa keperluan mereka. Pembeli ni ada keperluan mereka sendiri.
  • Ada yang layak beli tapi tak cukup wang deposit
  • Ada yang nak guna pinjaman kerajaan
  • Ada yang nak masuk rumah cepat kerana terpaksa pindah dari rumah sewa
  • Ada yang nak buat pelaburan. Dalam kes ni tuan puan kena yakinkan mereka kenapa rumah tuan puan pelaburan yang baik.
Mereka mungkin tengok rumah lain selain rumah tuan. Tapi oleh kerana tuan puan sahaja yang dapat penuhi keperluan mereka, insyaAllah mereka akan kembali kepada tuan puan. Keperluan mereka ni juga boleh menjadi poin penting untuk rundingan harga.

Prosedur Jual Rumah

Setelah pembeli minat dengan rumah, mereka hendaklah buat bayaran wang tandajadi. Seeloknya kepada peguam yang pembeli dan tuan puan persetujui. Peguam ini kemudian akan keluarkan surat tawaran kepada tuan puan.
Baca dan teliti surat tawaran ni. Beberapa poin penting yang tuan puan kena pastikan ialah:
  • Bagaimana wang deposit 10% dibayar. Biasanya pembeli akan bayar 3% daripada nilai rumah sebagai wang tandajadi kepada peguam. Keseluruhan deposit 10% tuan puan akan terima semasa tandatangan perjanjian jual beli.
  • Tempoh masa untuk pembeli tandatangan perjanjian jual beli.Seeloknya tuan puan tetapkan terus berapa hari pembeli diberi masa untuk lulus pinjaman dan kemudia tandatangan perjanjian jual beli. Kalau tuan puan tak spesifik, kemungkinan nanti akan ambil masa yang panjang.
  • Apa akan jadi dengan wang tanda jadi kalau berlaku pembatalan? Ini juga penting. Tuan puan tak mahu pembeli bayar wang tanda jadi dan kemudian batalkan tanpa sebab munasabah. Jika berlaku pembatalan, wang tanda jadi biasanya hangus.
  • Tempoh masa untuk pembeli jelaskan 90% baki harga jualan. Ini pun penting. Biasanya pemilik akan berikan tempoh masa 3 bulan untuk pembeli selesaikan urusan jual beli. 3 bulan ini bermula daripada tarikh perjanjian jual beli jika rumah tiada sekatan. Atau 3 bulan bermula daripada tarikh kebenaran diperoleh untuk hartanah yang perlukan kebenaran daripada pihak yang berkenaan seperti pemaju atau pihak berkuasa negeri.

Berapa Lama Proses?

Setelah tandatangan perjanjian jual beli, tempoh untuk tuan puan terima keuntungan jualan tu bergantung kepada jenis pegangan rumah.
Peguam selalu beritahu saya Jualan rumah ni unik. Ada yang cepat, ada yang lambat bergantung kepada complexity sesuatu kes.
Jika rumah tiada masalah, secara amnya:
  • Rumah yang tiada sekatan seperti rumah berstatus freehold, tempoh selesai jualan dalam 4 bulan.
  • Rumah yang ada sekatan seperti rumah berstatus leasehold atau rizab melayu, tempoh jualan selesai dalam 6 ke 8 bulan.
  • Untuk rumah yang masih berstatus geran induk, dalam 4 ke 6 bulan.

Perangkap Jualan Hartanah Yang Pemilik Kena Tahu

Ni antara perangkap jualan hartanah yang tuan puan kena tahu. Saya tak mampu nak senaraikan semua. Tapi yang saya cerita bawah ni yang biasa terjadi.

1) Kos tersembunyi bila pembeli markup pinjaman

Mungkin ada pembeli yang berminat nak beli. Tapi mereka nak mark-up pinjaman untuk dapat balik kos deposit yang mereka bayar kepada pemilik.
Bila pembeli markup pinjaman, harga jualan dalam perjanjian jual beli akan ikut harga markup. Peguam kemudian akan keluarkan satu surat atau appendix bagi harga jualan sebenar.
Dalam kes ni tuan puan kena hati-hati tentang dua perkara:
  1. Kos guaman
  2. Kos cukai hartanah
Jika tuan puan melantik peguam untuk mewakili tuan puan, kiraan fi peguam ni akan menggunakan harga markup, bukan harga belian. Sudah pastinya fi peguam tersebut akan lebih tinggi.
Begitu juga dengan kos cukai hartanah. Pun akan ikut harga markup. Jika tuan puan cukup kriteria untuk dikenakan cukai hartanah, harga jualan sudah pastinya lebih tinggi daripada harga sebenar. Kos cukai akan lebih tinggi.
Dalam kes begini pastikan tuan puan letak syarat kepada pembeli. Segala kenaikan kos yang dikenakan ke atas penjual, hendaklah dibayar oleh pembeli.

2) Kos tersembunyi dan jangkamasa untuk pemilikan rumah yang belum disempurnakan

Ada kes di mana geran rumah telah keluar tetapi masih belum pemilik tukar ke atas nama mereka. Proses ini penukaran geran induk kepada nama pemilik ni dipanggil sebagai ‘perfection’.
Kebanyakan pemaju terutamanya untuk projek berstatus leasehold tidak membenarkan pindah milik kepada pembeli secara terus. Pemilik mesti tukar nama daripada nama pemaju kepada nama pemilik terlebih dahulu.
Dalam kes begini, jangkamasa untuk selesai proses jualan akan lebih lama. Proses untuk tukar nama pemaju kepada pemilik tu mungkin dalam 3 ke 6 bulan. Keseluruhan jangka masa sehingga jualan selesai mungkin makan masa hampir setahun.
Bukan tu sahaja. Ada kos yang pemilik kena tanggung. Kos Memorandum of Transfer ini agak tinggi.
Ambe sarankan sebelum buat keputusan untuk jual, tanya pemaju terlebih dahulu. Geran rumah masih master title atau dah boleh tukar kepada nama tuan puan?

3) Tuan puan tidak terima semua wang deposit

Bila pembeli dan pemilik tandatangan perjanjian jual beli, tuan puan sepatutnya terima wang deposit 10% tu kan? Salah.
Pertamanya peguam akan tolak fi professional mereka terlebih dahulu.
Kedua, peguam akan pegang 3% daripada nilai rumah untuk tujuan bayaran Cukai Hartanah. Aturan ni dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Tuan puan dengan bantuan peguam kemudian akan hantar perkiraan RPGT kepada mereka. Setelah LHDN berpuas hati dengan kiraan, mereka akan advice untuk bayaran balik (atau bayaran tambahan jika amaun 3% tadi tak cukup).
Tempoh untuk LHDN respon ini mungkin makan masa 3-6 bulan.
Oleh itu, semasa terima wang deposit tu jangan expect dan buat perancangan untuk dapat 10%.

4) Masalah title rumah

Jika rumah ada sekatan dalam bentuk kaveat, selesaikan terlebih dahulu. Rumah juga tak dapat dijual kalau pemilik bankrap.

5) Perceraian

Perceraian juga boleh membantutkan jualan rumah. Jika terjadi kes penceraian dan rumah ada dua nama, seeloknya berbincang dengan cara baik.
Kedua pemilik mestilah bersetuju menjual dan nisbah keuntungan diurus dengan adil. Ini bagi memastikan kedua pihak hadir untuk tandatangan perjanjian jual beli.
Ambe sendiri pernah dapat kes begini. Kesemua proses dah dibuat. Tapi salah satu pihak tidak bersetuju untuk tandatangan perjanjian jual beli. Akhirnya menyebabkan jualan terbatal.

6) Rumah ada sekatan, jual kepada non-bumi

Rumah dengan status pegangan di bawah jangan jual kepada non-bumi:
  • Bumi Lot
  • Rizab Melayu
  • Leasehold
Rumah berstatus bumi lot dan rizab melayu ni agak clear. Jangan lah jual kepada non-bumi. Memang cari masalah kalau teruskan. Huhu.
Yang selalu jadi perangkap ialah rumah berstatus leasehold. Ramai pemilik beranggapan mereka beli rumah leasehold dengan status non-bumi. Kemudian jual kepada non-bumi. Tapi akhirnya terperangkap.
Rumah berstatus leasehold ni kalau ada geran individu perlu dapat consent daripada kerajaan negeri. Kerajaan negeri pula ada polisi dan kuota untuk kekalkan pemilikan bumiputera dalam hartanah. Jadi besar kemungkinan permohonan untuk tukar nama tu akan ditolak.

Patutkah Saya Guna Khidmat Ejen Hartanah?

Saya sebenarnya sedikit segan nak tulis bahagian ni. Nampak macam saya nak mempromosikan diri (shamefully huhu). Tapi soalan ni selalu saya terima.
Tuan puan sendiri lihat artikel ni memang panjang. Tetapi ada banyak lagi aspek jualan rumah yang saya tak mampu nak tulis. Panduan ini hanyalah general overview.
Apa yang saya nak beritahu, jualan rumah ni bukan mudah. Perlukan kepakaran, pengetahuan dan masa. Jika tuan puan tidak cukup salah satu bahan ni proses jualan akan jadi sangat stressful dan mungkin menyebabkan kerugian besar jika terkena perangkap.
Ejen hartanah akan bantu tuan puan untuk buat semua kerja jualan ni. Mereka juga akan jadi penasihat yang baik supaya tuan puan tidak kerugian.
Guna khidmat ejen hartanah atau tidak pengakhirannya terpulang kepada tuan puan untuk nilai.

Kesimpulan

Saya harap artikel panduan dan cara jual rumah yang saya tulis ni dapat memberi bantuan kepada tuan puan yang berhasrat nak jual rumah.
Terima kasih.

2 ulasan:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    BalasPadam
  2. Do you need Personal Finance?
    Business Cash Finance?
    Unsecured Finance
    Fast and Simple Finance?
    Quick Application Process?
    Finance. Services Rendered include,
    *Debt Consolidation Finance
    *Business Finance Services
    *Personal Finance services Help
    contact us today and get the best lending service
    personal cash business cash just email us below
    Contact Us: financialserviceoffer876@gmail.com
    call or add us on what's app +918929509036

    BalasPadam